Panggilan Haji 1448H
Citra Travel & ToursHaji 1448H · 2027M
MOTACKPK/LN 1431
PJHPJH 09/1448
Kuota hampir penuh. Pendaftaran PJH untuk rayuan yang diluluskan dan P1 ditutup 8 November 2026 Tutup 8 November

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ayahanda dan Bonda yang nak pergi haji dengan PJH. Baca dulu sampai habis.

Nikmati hotel yang lagi dekat, lebih selesa, mutawwif berpengalaman. Perjalanan haji insyaAllah makin mudah. Itu jaminan kami.

Lihat harga pakej Kuota hampir penuh. Siapa daftar dahulu, dia dapat dahulu.
1987Mula beroperasi
30,000+Jemaah diuruskan
PJH 09/1448Lesen Tabung Haji
KPK/LN 1431Lesen MOTAC

Orang Kelantan, wajib support sek kito. Citra Travel, agensi haji Kelantan sejak 1987.

Video: panggilan akhir PJH 1448H

Panggilan akhir untuk Ayahanda dan Bonda yang mahu pergi haji dengan PJH.

Untuk jemaah rayuan · daftar sebelum 8 November 2026

Rayuan diluluskan? Tambah sedikit sahaja, pergi dengan selesa.

Bagi jemaah rayuan, Tabung Haji mengenakan RM33,300 untuk haji muassasah. Dengan PJH Citra Travel, tambahan sedikit sahaja untuk hotel dan bilik yang lebih selesa, makan buffet dan bimbingan mutawwif berpengalaman. Kuota kami hampir penuh.

Paling ramai pilih RM54,940

Standard Eko, bilik berempat.

Romance Al Sadd, 380 meter dari Masjidil Haram. Ruve Al Madinah, 150 meter dari Masjid Nabawi.

Hotel 5 bintang, 50 meter RM61,940

Safwah, bilik berempat.

Safwah Royal Orchids, 50 meter dari Masjidil Haram. Hari melontar berehat di hotel, 650 meter ke Jamrat.

Banding dengan muassasah +RM21,640

Itu sahaja bezanya.

Standard Eko bilik berempat RM54,940, berbanding haji muassasah RM33,300 bagi jemaah rayuan.

RM3,000Deposit serendah ini sudah cukup untuk kunci slot.
22Barangan kelengkapan haji untuk setiap jemaah, termasuk dalam pakej.

*Harga seperti dalam brosur pakej yang diluluskan Tabung Haji. Tiada bilik berlima. Pakej Transit Eko sudah habis dijual. Bilik di Shisha/Aziziyyah adalah secara berkelompok mengikut jantina. Terma penuh diterangkan secara bertulis sebelum sebarang bayaran.

Harga pakej 1448H · seorang

Harga penuh, terus terang. Bandinglah dengan tenang.

Harga seperti dalam brosur pakej yang diluluskan Tabung Haji. Tiada bilik berlima. Transit Eko sudah habis dijual, yang tinggal hanya Standard Eko dan Safwah.

Paling ramai pilih
Hotel Romance Al Sadd
Tanpa transit

Standard Eko

MakkahRomance Al Sadd★★★ 380 m
MadinahRuve Al Madinah★★★ 150 m
Hari melontarKhemah upgrade, Muaisim
BerempatRM54,940
BertigaRM63,940
BerduaRM72,940
Hotel Safwah Royal Orchids
Pakej transit

Safwah

MakkahSafwah Royal Orchids★★★★★ 50 m
MadinahRuve Al Madinah★★★ 150 m
Hari melontarHotel Safwat Al Masyair★★★ 650 m ke Jamrat
BerempatRM61,940
BertigaRM69,940
BerduaRM77,940
SOLD OUT
Hotel Romance Al Sadd
Pakej transit · habis dijual

Transit Eko

MakkahRomance Al Sadd★★★ 380 m
MadinahRuve Al Madinah★★★ 150 m
Hari melontarHotel Safwat Al Masyair★★★ 650 m ke Jamrat
BerempatRM52,940
BertigaRM61,940
BerduaRM69,940
Hotel Ruve Al Madinah

Ruve Al Madinah, hotel 3 bintang, 150 meter dari Masjid Nabawi. Untuk semua pakej.

Hotel Safwat Al Masyair di Shisha

Safwat Al Masyair di Shisha, hotel 3 bintang, 650 meter ke Jamrat. Tempat berehat pada hari melontar, untuk pakej Safwah.

Harga dari, seorang. Tempoh 40 hingga 45 hari, ikut jadual penerbangan Tabung Haji. Semua pakej termasuk kereta api laju Haramain sehala. Terma penuh diterangkan secara bertulis sebelum sebarang bayaran.

Kira sendiri

Rayuan diluluskan? Kira beza berbanding haji muassasah.

Harga pakej seorang–
Haji muassasah bagi jemaah rayuan–
Tambahan seorang untuk pergi dengan PJH Citra–
Jumlah tambahan–

RM33,300 ialah kos haji muassasah yang dikenakan Tabung Haji kepada jemaah rayuan. Deposit serendah RM3,000 seorang sudah cukup untuk kunci slot; jadual bayaran diberi secara bertulis.

Minta sebut harga ini untuk keluarga saya

وَلِلّٰهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

Surah Ali ‘Imran, ayat 97

Para ulama menerangkan bahawa istita’ah itu bukan sekadar cukup duit. Ia termasuk juga kemampuan tubuh badan untuk sampai ke sana dan untuk beribadah setelah tiba. Sebab itulah saya pandang berat soal jarak hotel dan keadaan khemah. Bukan soal mahu bermewah. Soal kemampuan.

Lima hari yang menentukan

Khemah upgrade di Arafah. Hotel dekat Jamrat untuk hari melontar.

Ini perkara pertama yang saya tanya kepada mana-mana pengendali, dan ini juga perkara yang paling jarang ditanya oleh jemaah.

Video: khemah upgrade
(rakaman musim lepas)

Rakaman sebenar di dalam khemah, bukan gambar hiasan.

Gambar: luar khemah
Luar khemah.
Gambar: dalam khemah
Ruang dalam khemah upgrade.
Gambar: sofa katil dalam khemah

Tempat rehat dalam khemah: sofa katil, bantal, selimut dan tuala disediakan.

Jarak ke Jamrat, lebih kurang

650 mDari hotel transit kami di Shisha.
3.5 kmDari khemah di Muaisim.

Pakej transit tiada khemah di Mina. Sebab hotel di Shisha jauh lebih dekat dengan tempat melontar berbanding khemah di Muaisim, Ayahanda dan Bonda lebih selesa berehat di hotel: katil sendiri, bilik air sendiri, tak perlu beratur.

Khemah upgrade

Di Arafah untuk semua pakej, dan di Mina untuk Standard Eko, jemaah kami ditempatkan di khemah upgrade, bukan khemah muassasah biasa. Antaranya, makan secara buffet, bukan nasi bungkus.

Hotel di Shisha

Safwat Al Masyair, hotel 3 bintang, lebih kurang 650 meter ke Jamrat. Ganti khemah di Mina, jadi Ayahanda dan Bonda berehat di hotel pada hari-hari melontar.

Hotel di Makkah

Pakej Safwah: Safwah Royal Orchids, hotel 5 bintang, 50 meter dari Masjidil Haram. Keluar pintu hotel, sudah sampai halaman masjid. Standard Eko: Romance Al Sadd, hotel 3 bintang, 380 meter.

Hotel di Madinah

Ruve Al Madinah, hotel 3 bintang, 150 meter dari Masjid Nabawi. Dekat untuk Ayahanda dan Bonda yang hendak ke Raudhah lebih dari sekali.

Ke Madinah

Menaiki kereta api laju Haramain. Lebih pantas dan lebih selesa berbanding berjam-jam dalam bas.

Saiz kumpulan

Kami tidak ambil ramai. Kalau ramai sangat, saya tidak sempat jaga seorang demi seorang, dan itu bukan cara saya bekerja.

Gambar: pemandangan dari hotel ke Masjidil Haram

Lima puluh meter. Itu sahaja jaraknya.

Termasuk dalam pakej

Perkara yang Ayahanda dan Bonda tidak perlu fikir lagi.

22 barangan kelengkapan haji

Antaranya beg bagasi, kain ihram, telekung, payung, beg sandang, bantal leher, sejadah dan buku panduan haji. Tak perlu beli sendiri.

Buffet ala Malaysia, 3 kali sehari

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Masakan macam di tanah air, sepanjang berada di sana.

Kereta api laju Haramain

Perjalanan sehala ke Madinah dengan kereta api laju. Badan tidak penat duduk lama dalam bas.

Lebih 22 tempat ziarah

Termasuk Hira District, Jabal Thawr Culture District, Bukit Magnet, Kilang Al-Quran dan pasar-pasar tempatan.

2 petugas bagi setiap 50 jemaah

Supaya sentiasa ada orang yang boleh ditanya dan diminta tolong, siang dan malam.

Insurans takaful

Perlindungan takaful berkelompok disediakan untuk setiap jemaah.

Gambar: set kelengkapan haji

Set kelengkapan haji untuk setiap jemaah.

Sedang membanding agensi?

Soalan yang patut ditanya kepada mana-mana agensi.

Bandinglah dulu. Itu hak Ayahanda dan Bonda. Ini jawapan kami untuk setiap satu.

Berapa jauh hotel di Makkah, dan berapa bintang?

Pakej Safwah: Safwah Royal Orchids, hotel 5 bintang, 50 meter. Standard Eko: Romance Al Sadd, hotel 3 bintang, 380 meter. Jarak penting, tetapi tanya juga bintangnya. Hotel yang dekat tetapi bertaraf bajet atau 1 bintang selalunya bermakna bilik lebih sempit dan kemudahan lebih asas, sedangkan Ayahanda dan Bonda tinggal di situ berminggu-minggu.

Hotel di Madinah?

Ruve Al Madinah, hotel 3 bintang, 150 meter dari Masjid Nabawi, untuk semua pakej.

Pada hari melontar, berehat di mana? Berapa jauh ke Jamrat?

Pakej Safwah (transit): di bilik hotel Safwat Al Masyair (3 bintang), lebih kurang 650 meter ke Jamrat. Katil sendiri, bilik air sendiri. Standard Eko: khemah upgrade di Muaisim.

Ada pilihan PMN?

Ada. Kalau Ayahanda dan Bonda mahu, Citra boleh aturkan dengan caj tambahan, kerana pakej di Citra boleh disesuaikan. Tetapi fikir dahulu: PMN tetap khemah. Ia lebih dekat ke Jamrat, tetapi masih bercampur dengan orang ramai, dan biasanya sekitar RM8,000 seorang. Pakej Safwah sudah memberi bilik hotel 650 meter dari Jamrat, tanpa tambahan.

Boleh ubah pakej ikut keperluan?

Boleh. Di Citra, pakej boleh disesuaikan: naik taraf PMN, jenis bilik, atau keperluan khas seperti kerusi roda. Tulis sahaja dalam ruangan soalan di borang.

Berapa orang sebilik?

Berdua, bertiga atau berempat. Tiada bilik berlima.

Rayuan sudah diluluskan. Berbaloi ke pergi dengan PJH?

Bagi jemaah rayuan, haji muassasah dikenakan RM33,300 oleh Tabung Haji. Standard Eko bilik berempat ialah RM54,940, iaitu tambahan RM21,640 seorang untuk pergi dengan lebih selesa.

Makan bagaimana?

Buffet ala Malaysia, tiga kali sehari. Di khemah upgrade juga buffet, bukan nasi bungkus.

Berapa lama agensi ini beroperasi?

Sejak 1987, lebih 30,000 jemaah. Lesen PJH 09/1448 dan MOTAC KPK/LN 1431.

Siapa yang membimbing?

Haji Ustaz Abdullah Pahmi bin Othman, Mutawwif dan PEKTA Haji. Kelas intensif di hotel sebelum hari-hari haji, dan kelas fardhu ain percuma selepas haji.

Pengisian bersama Haji Ustaz Abdullah Pahmi bin Othman

Empat puluh hari itu lama. Saya tidak akan biarkan ia kosong.

Ramai yang balik dari haji membawa gambar. Saya mahu Ayahanda dan Bonda balik membawa ilmu juga, dan yakin dengan setiap ibadah yang dibuat di sana.

Kelas Intensif Haji

Di hotel, sebelum hari-hari haji

Sebelum masuk ke Mina dan Arafah, kita duduk dahulu di hotel. Saya ulang dari awal: ihram, wukuf, bermalam di Muzdalifah, melontar, tahallul, tawaf dan saie haji.

Tanyalah sebanyak mana yang tak faham, yang tak jelas. Saya jawab satu persatu, sampai Ayahanda dan Bonda betul-betul yakin.

Kelas Fardhu Ain

Di hotel, selepas haji · percuma

Selepas haji selesai, masih ada hari-hari di sana. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya isi dengan kelas fardhu ain secara percuma.

Bab solat, bersuci, haid dan nifas, dan banyak lagi. Ilmu yang kita bawa balik ke Malaysia, bukan yang tertinggal di Makkah.

Kursus asas haji dan taklimat juga diadakan di tanah air sebelum berangkat.

Video: kelas intensif haji

Kelas intensif haji bersama jemaah.

Gambar: kelas bersama jemaah
Kelas bersama jemaah di Tanah Suci.
Gambar: kelas fardhu ain
Kelas fardhu ain selepas haji.

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ

“Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa.”

Surah Al-Baqarah, ayat 197

Bekal ke Tanah Suci bukan hanya duit, baju dan ubat. Ilmu pun bekal. Malah ia bekal yang tidak akan habis walaupun kita sudah pulang ke rumah.

Kata mereka yang sudah pulang

Jangan percaya saya. Dengar dari jemaah sendiri.

Saya boleh cerita panjang tentang khemah dan hotel. Tetapi yang paling jujur adalah orang yang sudah pergi, sudah balik, dan sudah rasa sendiri.

Yang menguruskan

Citra Travel & Tours Sdn Bhd

Antara agensi pelancongan tertua di Kelantan. Tahun ini genap tiga puluh sembilan tahun menguruskan jemaah haji dan umrah Malaysia. Tahun hadapan, empat puluh. Orang Kelantan, wajib support sek kito.

Mula beroperasi1987
Jemaah diuruskanLebih 30,000
Diiktiraf Tabung HajiSejak tahun 2000
StatusPengelola Jemaah Haji berdaftar
PejabatJalan Bayam, Kota Bharu
BimbinganHaji Ustaz Abdullah Pahmi bin Othman, Mutawwif & PEKTA Haji
Gambar: kumpulan jemaah Citra musim lepas

Kumpulan jemaah musim lepas, sebelum bertolak ke Madinah.

Kuota hampir penuh · tutup 8 November 2026

Minta sebut harga untuk keluarga Ayahanda dan Bonda.

Isi ringkas di bawah. Kami kirim sebut harga ikut pakej dan bilik yang dipilih, lengkap dengan harga dan cara bayaran, melalui WhatsApp. Tiada paksaan. Deposit serendah RM3,000 sudah cukup untuk kunci slot.

Mengisi borang ini tidak mengikat. Slot hanya dikunci selepas deposit dibuat. Maklumat yang diberi digunakan untuk menghubungi anda berkenaan Haji 1448H sahaja.

Alhamdulillah, nama sudah kami terima.

Sekejap lagi WhatsApp akan terbuka. Kalau tidak terbuka sendiri, tekan butang di bawah.

Buka WhatsApp

Semoga Allah permudahkan urusan Ayahanda dan Bonda.

Makluman: Slot untuk memohon rayuan haji bersama Citra Travel telah ditutup kerana penuh. Bagi penerima tawaran P1, dan yang rayuannya sudah diluluskan Tabung Haji, pendaftaran PJH masih dibuka sehingga 8 November 2026.

Soalan yang selalu sampai kepada saya

Rayuan saya diluluskan Tabung Haji. Berbaloi ke pergi dengan PJH?

Sangat berbaloi. Bagi jemaah rayuan, Tabung Haji mengenakan RM33,300 untuk haji muassasah. Dengan tambah sedikit sahaja lagi, Ayahanda dan Bonda boleh pergi bersama PJH Citra Travel dalam keadaan yang lebih selesa. Contohnya, Standard Eko bilik berempat ialah RM54,940, iaitu tambahan RM21,640 seorang untuk hotel dan bilik yang lebih selesa, makan buffet, kumpulan yang dijaga rapi dan bimbingan mutawwif berpengalaman. Daftar sebelum 8 November 2026, sementara kuota masih ada.

Saya sudah terima surat tawaran P1. Apa perlu saya buat sekarang?

Bertindak sebelum 8 November 2026. Selepas tarikh itu, pendaftaran melalui pengelola swasta bagi P1 ditutup. Isi borang, kami terangkan pakej dan harga, dan deposit serendah RM3,000 sudah cukup untuk kunci slot. Kami juga terangkan apa yang perlu diuruskan di pihak Tabung Haji.

Berapa deposit untuk kunci slot?

Serendah RM3,000. Jadual baki bayaran dan syarat pembatalan diterangkan secara bertulis sebelum Ayahanda dan Bonda membayar apa-apa.

Harga pakej itu sudah termasuk duit Tabung Haji?

Ya, harga pakej sudah termasuk bayaran haji kepada Tabung Haji. Jumlah yang dipotong dari akaun Tabung Haji dan baki yang perlu dibayar kepada Citra berbeza antara penerima P1 dan jemaah rayuan. Kami terangkan dengan angka penuh melalui WhatsApp sebelum sebarang bayaran.

Kelas itu wajib hadir?

Tidak wajib, tetapi saya sangat galakkan. Kelas intensif di hotel sebelum hari-hari haji itulah yang paling banyak membantu, terutama jemaah kali pertama. Kelas fardhu ain selepas haji pula percuma, datang bila lapang.

Duit dalam akaun Tabung Haji saya bagaimana?

Sebahagian daripada kos haji akan dipindahkan terus dari akaun Tabung Haji Ayahanda dan Bonda kepada pengelola, dan bakinya dijelaskan mengikut jadual bayaran. Semua ini kami terangkan dengan angka penuh sebelum sebarang keputusan dibuat.

Mak saya tujuh puluh tahun dan berjalan perlahan. Sesuai tak?

Sesuai, malah untuk Bonda yang begini pakej ini paling berbaloi. Hotel lima puluh meter ke masjid bagi pakej Safwah, khemah upgrade di Arafah, dan hotel di Shisha yang dekat dengan Jamrat memang untuk meringankan beban badan. Beritahu saya awal supaya kerusi roda, bilik tingkat rendah dan lain-lain boleh diuruskan lebih awal.

Saya mahu buat rayuan haji. Masih boleh?

Slot untuk memohon rayuan bersama Citra Travel telah ditutup kerana penuh. Tetapi kalau rayuan Ayahanda dan Bonda sudah diluluskan Tabung Haji, Ayahanda dan Bonda masih boleh daftar PJH bersama kami sehingga 8 November 2026. Lihat harga pakej di atas.

Agensi ini berlesen?

Ya. Citra Travel & Tours Sdn Bhd ialah Pengelola Jemaah Haji yang berdaftar dan diiktiraf oleh Tabung Haji sejak tahun 2000, dan telah beroperasi sejak 1987. Nama kami boleh disemak dalam senarai rasmi Tabung Haji. Semua bayaran masuk ke akaun syarikat dan disertakan resit.

Kalau saya isi borang, saya terikat tak?

Tidak. Mengisi borang cuma supaya kami boleh hubungi Ayahanda dan Bonda. Slot hanya dikunci selepas deposit dibuat.

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

“Haji yang mabrur itu tiada balasan baginya melainkan syurga.”

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Semoga Allah panjangkan umur, kuatkan badan, dan permudahkan urusan Ayahanda dan Bonda ke Baitullah.

Minta sebut harga sebelum 8 November

Citra Travel & Tours Sdn Bhd

Dari Hati ke Baitullah Bersama Citra

Lesen MOTACKPK/LN 1431
Lesen PJHPJH 09/1448

Citra Travel & Tours Sdn Bhd · Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Pengelola Jemaah Haji berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

Butiran pakej, penginapan dan penerbangan tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa Arab Saudi dan jadual penerbangan yang ditetapkan. Maklumat penuh diberikan secara bertulis sebelum sebarang bayaran dibuat.

© 2026 Citra Travel & Tours Sdn Bhd

Kuota hampir penuh · tutup 8 November Minta sebut harga